
AKTIVITI ANGKASA

01
BA 100
.jpg)
BA100 merupakan sebuah program pemerkasaan dan pembekalan barangan asas yang memudahkan kedai runcit koperasi untuk mendapatkan kemudahan produk jualan dengan harga kompetitif dan mudah dengan menggunakan sistem tempahan yang disediakan melalui Sektor Pemborongan dan peruncitan ANGKASA. Platform ini merupakan model 'Business-to-Business' (B2B) yang menghubungkan peruncit kepada pembekal yang berdaftar. Peruncit yang mahu mendapatkan barangan jualan melalui BA100 boleh memilih pelbagai jenis produk yang disediakan selain memudahkan urusan penghantaran secara terus oleh pengeluar atau melalui pusat pengedaran (DC) yang dilantik oleh ANGKASA mengikut zon yang ditetapkan. Menerusi program ini juga, peruncit berpeluang menikmati kemudahan Kredit Pembelian sehingga RM10,000 tertakluk kepada terma dan syarat.
02
COOP UMRAH
Projek CoopUmrah adalah salah satu inisiatif ekonomi berimpak tinggi yang dibangunkan oleh ANGKASA dalam usahanya untuk terus memartabatkan aktiviti ekonomi gerakan koperasi negara khususnya dalam Selain mahu memastikan ketelusan dan kualiti perkhidmatan yang lebih terjamin kepada jemaah, CoopUmrah juga akan diwarnai dengan pelbagai kelebihan yang tersendiri dalam usahanya untuk memastikan warga koperasi dapat menerima lebih banyak kemudahan dan manfaat melaluinya selain dipantau oleh pihak pengurusan CoopUmrah daripada sebelum berangkat ke tanah suci hinggalah pulang ke tanahair. Pakej yang ditawarkan melalui CoopUmrah juga turut dijamin oleh ANGKASA baik dari segi kewangan, tiada kos tersembunyi, tiket penerbangan dan hotel yang tersedia, muassasah yang diiktiraf, kursus umrah, bimbingan mutawwif yang berpengalaman.


03
Project Name
This is your Project description. Provide a brief summary to help visitors understand the context and background of your work. Click on "Edit Text" or double click on the text box to start.
04
Project Name
This is your Project description. Provide a brief summary to help visitors understand the context and background of your work. Click on "Edit Text" or double click on the text box to start.
